Blogger Templates

Monday, 6 August 2012

SALAM NUZUL QURAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 

peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad S.A.W hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. peristiwa nuzul Al-Quran berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. perkataan 'NUZUL' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. kalimah Al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata ' al-quran mukjizat akhir zaman' atau ' al-quran yang mempunyai mukjizat'. malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. firman Allah:

dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W., ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.  melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:

" bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan tuhanMu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui."( al-'alaq: 1-5)

No comments:

Post a Comment