ramadan kali ini menyapa lagi, saban tahun apabila tibanya ramadan maka menjadi kewajiban bagi umat islam berpuasa. erti puasa dari segi bahasa ditakrifkan sebagai menahan diri, manakala dari segi istilah menahan diri dari makan dan minum, serta melakukan maksiat bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.
semuanya pasti sudah mengetahui akan erti puasa tersebut, tetapi tidak cukup sekadar mengetahui erti sahaja, tanpa juga mengetahui mengapa umat islam diwajibkan berpuasa, serta kelebihan dan fadhilat bulan ramadan.
Mengapa perlu berpuasa?
kenapa umat Islam berpuasa setiap kali tibanya ramadan? persoalan ini selalunya bermain di minda kita. lebih-lebih lagi ketika umur masih di peringkat kanak-kanak. banyak persoalan tentang puasa terkumpul di minda. jika dilihat puasa bagi agama yang lain hanya dilakukan pada waktu malam, tetapi mengapa islam dilakukan pada waktu siang? jika agama lain berpuasa hanya tidak boleh makan benda yang berdarah dan hanya memakan sayur sahaja, tetapi mengapa islam tidak pula boleh makan kesemuanya? hattakan minum air pun tidak boleh. jikalau begitu di mana pula dikatakan islam itu agama yang mudah?
sesungguhnya islam itu agama yang cukup sempurna. tiada kurangnya walau sedikitpun. segala persoalan tentang ibadah, muamalat, kehidupan semuanya terjawab di dalam buku panduan pertama, kitab Al-Quran yang mulia. Allah S.W.T telah berfirman :-
" wahai orang-orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "
( surah Al-Baqarah ayat 183 )
jelaslah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan umat islam berpuasa dengan menujukan ayat tersebut khusus kepada orang-orang yang beriman. maka, siapa lagi kalau bukan kita sebagai umat islam, yang meyakini Allah sebagai Ilah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul-Nya. dengan berpuasa, berertikita telah menunaikan kewajiban kita sebagai umat Islam, yang mana salah satu dari rukun Islam itu sendiri adalah dengan menunaikan puasa di bulan Ramadan.
sesungguhnya puasa ini telah difardhukan sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W lagi. ianya telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. ini dijelaskan di dalam Al-Quran sepertimana yang terkandung di dalam ayat di atas.
sesungguhnya puasa ini telah difardhukan sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W lagi. ianya telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. ini dijelaskan di dalam Al-Quran sepertimana yang terkandung di dalam ayat di atas.











No comments:
Post a Comment